Saya harap lepas ni, kalau nak tulis message, harap2 jangan la terlalu lari daripada topik asal. Kalau terlari sikit tu, cuba kembali kpd perbincangan awal. Bukannya apa, saya harap kita gunakan MB ni sebaik2nya sebagai ruang perbincangan yg lebih padat. Ini kerana saya perhatikan semakin lama, seolah2 MB inisemakin menjadi satu suasana ruang chat sampai saya terpaksa close thread yg kelihatan terlalu melimpah posts nya.
Saya tak halang atau benci chatting, cuma ni bukan target kita dalam sesuatu discussion board kan? Kita mahu setiap isi yg kita taip lebih bermakna dan informatif dlm masa yg sama tak perlu formal.
Saya nak mintak maaf. Saya bukan nak blame, point ,marah atau kenakan sesiapa. Saya terpaksa jugak beritahu ni semua memandangkan ini tanggungjawab saya terhadap MB kita ni. Memang ni satu rule yg dapat kita lihat dlm kebanyakan message board yg wujud dlm internet ni. Jangan terkecik hati sampai tingalkan MB ni pulak. Sedih kamek









